Jom bercuti di Genting Highland dan bermain di Taman Tema Indoor Skytropolis!
Hai pembaca yang setia,
Destinasi pada kali ini ialah Genting Highland. PKP kan dah takda, uolls tunggu apa lagi? Jom bercuti! Ada
berita gembira untuk ‘kaki shopping’. Jom ke Padini di GPO (Genting
Premium Outlet) mereka menawarkan harga ‘durian runtuh’. Bayangkan baju
cantik-cantik serendah RM9.00, kasut pula RM10.00 dan seluar jeans
RM39.00 semua “SALES KAW KAW” ~baju lelaki dan perempuan tau~
Kami menempah bilik hotel di Geo38 melalui agoda.com selama 2 hari 1 malam dengan harga RM105.00. Geo38 Suites mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Setiap unit mempunyai dapur yang serba lengkap dengan microwave, ruang tempat duduk dengan sofa, TV skrin rata, mesin basuh, iron, serta alat pengering rambut.
Kalau dah sampai atas ni, rugi kalau tak cuba bermain di Skytropolis Indoor Theme Park. Taman tema ini menawarkan harga RM50.00 untuk ‘1-Day Unlimited Pass’. Pas tanpa had ini membolehkan anda bermain ke semua permainan dan merasai pengalaman baru di sini. I dengan hubby dah try semua.. Fuh! extreme betul lah!
Apa khabar? Semua sihat? Maklum
lah semenjak PKP, PKPB dan MCO kita tahu banyak premis perniagaan dan
restoran terjejas akibat penularan wabak COVID-19, apabila kerajaan
mengumunkan pembukaan semula premis perniagaan, mereka tidak melepaskan
peluang kerana jumlah kerugian yang dialami lebih besar dari pendapatan.
Kami menempah bilik hotel di Geo38 melalui agoda.com selama 2 hari 1 malam dengan harga RM105.00. Geo38 Suites mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Setiap unit mempunyai dapur yang serba lengkap dengan microwave, ruang tempat duduk dengan sofa, TV skrin rata, mesin basuh, iron, serta alat pengering rambut.
Kalau dah sampai atas ni, rugi kalau tak cuba bermain di Skytropolis Indoor Theme Park. Taman tema ini menawarkan harga RM50.00 untuk ‘1-Day Unlimited Pass’. Pas tanpa had ini membolehkan anda bermain ke semua permainan dan merasai pengalaman baru di sini. I dengan hubby dah try semua.. Fuh! extreme betul lah!
Makan tengah hari kami mencari Nene Chicken. Nene Chicken Sky Avenue, adalah cawangan pertama di Malaysia. Dari segi harga untuk set makanan di NeNe Chicken ini bagi kami sangat berpatutan. Jika anda biasa makan Kyochon, harganya lebih kurang sama dengan satu set hidangan ayam goreng di Kyochon.
Kami ada singgah di Mini Cameron Highland dan menikmati ice cream strawberry yang sedap! tanpa perasa dan pewarna tiruan ye, 100% strawberry asli tau. Ladang strawberry disini musnah, tanaman tidak dapat bertahan semasa MCO. Sedih kan.. tapi mereka telah membuat penanaman semula. Next time strawberry mesti dah berbuah balik.. Yeayyyy!
Walaupun, jumlah kes COVID-19 menurun, kita di ingatkan untuk mengikuti SOP KKM dan norma sosial ketika berada di mana mana bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Ingat! jangan lupa bawa mask dan sanitizer ye..
Comments