Ombak Kitchen memang sedap!
Hai pembaca yang setia,
Ada yang suka seafood tak? Jom ber “shell out” dekat Ombak Kitchen! Memang rugi kalau tidak tahu, mana nak dapat udang yang saiznya besar macam ini!
Sebenarnya fenomena shell out atau seafood sudah viral di rata - rata dan terdapat banyak restoran menjadikan seafood sebagai menu tarikan utama mereka. Ombak Kitchen viral dengan tagline “pakai tangan jer”. Makan disini fuhhh! Memang food coma!
Restoran Ombak Kitchen ini menghidangkan makanan laut premium dengan harga yang berpatutan dan paling penting fresh! Seafood premium yang ditawarkan di sini adalah Alaskan Crab, Canadian Lobster, Rock Lobster, Giant Lobster, XL Prawn, Snow Crab, Live Crab dan bermacam lagi.
Terdapat beberapa jenis sos istimewa yang sesuai dengan citarasa anda antaranya Ombak Hot Cajun, Dark Chilli Chocolate, Creamy Lemon Butter, Buttermilk Sauce dan Creamy Tom Yam Sauce. Tak terucap kesedapan sos Cajun dia! Memang A+++
Menariknya di sini, makan menggunakan tangan! tiada sebarang protokol, jom makan! “pakai tangan jerrr” pun. Eh! ada yang terliur ke tu..
Ombak Kitchen yang terletak di Bangsar dan Bukit Jelutong. Ia dibuka pada setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12 malam. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Ombak Kitchen, boleh menghubungi +60 10-216 5946
Laman Web Ombak Kitchen: https://ombakkitchen.my/
Facebook Ombak Kitchen: https://www.facebook.com/ombakkitchen
Instagram Ombak Kitchen :
Comments