Terang-terang tertera nama D’Empangan Udang Galah
Hai pembaca yang setia.. masih ada lagi ke yang tidak tahu Putrajaya ni “lubuk” udang galah. Ishh ishh.. Rugi!
Pada yang tidak tahu.. saya perkenalkan Restoran D'Empangan Udang Galah adalah salah satu lokasi makan popular di Putrajaya. Diusahakan oleh Datin Zurinah. Dibuka dari 11 pagi hingga 11:30 malam. Lokasinya juga sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, majlis makan malam, ulang tahun perkahwinan, pelancaran produk dan sebagainya.
Tengok pun dah boleh terliur kan?! Harga masakan udang galah bergantung pada harga pasaran. Bukan itu saja ye.. masakan lain juga seperti Ikan Siakap 3 rasa, sotong goreng tepung dan bermacam lagi. D’Empangan juga menyediakan hampir sembilan buah gerai kecil ala kiosk dengan masing-masing menjual aneka menu yang tidak menghampakan selera anda antaranya sate, nasi lemak, colek2, aiskrim sang kaya, yong tau foo, char kue teow, kambing bakar, burgers & western. Hidangan disini berkelas A!
Bukan itu sahaja, D’Empangan Udang Galah juga satu-satunya lokasi di Putrajaya yang berkonsepkan makan sambil berhibur. Restoran ini mempunyai hubungan akrab dengan rakan-rakan artis tanah air antaranya Hail Amir, Isma AF, Shidee, Razis Ismail, Jaafar Onn dan ramai lagi. Pengunjung dapat menyaksikan persembahan secara live. Bestnya! Rugi betul siapa yang tak datang lagi tu kan! Pengunjung boleh beramah mesra dan bergambar dengan artis jemputan.
D'Empangan Udang Galah juga bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan pelbagai pakej istimewa.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai D'Empangan Udang Galah, sila hubungi Encik Zul di 012-2704304.
Facebook D’Empangan Udang Galah :
Instagram D’Empangan Udang Galah:
Comments