Oh No! Not 6 weeks pun

Hai semua, apa khabar.. Alhamdulillah iolls dah selamat melahirkan seketul baby boy yang comel. Hehe.. turns out bukanlah another 6w tapi tup tup tak lama. Nasib preparation dah 90%. Fuh! 

Inilah baby nya, dah big big dah. Dah 7 bulan. Hehe.. lasak, banyak cakap pot pet macam burung murai. Setakat ni dah pandai merangkak tapi style katak. Kaki kepak lompat-lompat. Hihihii.. pakej tersembam muka sekali. Tak reti rasa sakit. Hyper. Dah pandai duduk. Makan pun orang kata *tolak batu kayu* bagus betul kan. Hihi (siapa lagi nak puji anak kita, kalau bukan kita ye dak)

Zarith Adha nama diberi. Adha sempena raya haji. 9/7/2022 raya haji disambut di Arab. Tapi di Malaysia sambut pada 10/7/2022. Kami sepakat letak adha juga. Ikut Kalender islam. 

Lahirkan Zarith 1 moment yang tak dapat lupakan. Senang. 3x push Zarith terus keluar. Dah tahan sakit dari pukul 1:00 am - 7:00 am. Zarith lahir pada 7:34 am. 8 bulan (pramatang) berat 2.5kg. Contraction masa nak lahirkan Zarith memang sakit. Sakit yang tak dapat digambarkan. Tapi tak sangka. Berbaki tenaga yang ada malam tu berjaya push sekuat hati. 

Panjang lagi nak cerita ni. Tapi.. nanti lah sambung ————— 



Comments

Popular Posts