Jom iftar di I’Dahlia Corner

Hai semua. Berita gembira I’Dahlia Corner kembali dengan Buffet Ramadan Kali Ke-2 bagi  tahun 2023 dengan 60 Sajian lauk pauk kampung. Fuhhh.. dengar pun dah terliur kan.


Lokasi I'dahlia corner sangat strategik, ia berada dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dan tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC.


Antara juadah yang menanti pengunjung ialah Sup Tulang Meletop yang sentiasa mendapat permintaan, gulai kawah, ayam percik, ikan bakar, sambal jering, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas, rendang minang, nasi ayam I’dahlia, nasi lemak daun pisang dan bermacam lagi hidangan kampung yang enak.


Terdapat 10 jenis pemanis mulut yang disediakan seperti pengat pisang, pengat ubi dan kuih muih melayu. Goreng-gorengan pula seperti pisang goreng, ubi goreng dan bermacam-macam lagi. Selain itu, pengunjung juga boleh ‘add-on’ (ala-carte) jus alpukat, jus Romantika Dahlia dan fruit cocktail.


Keunikan buffet ramadan dalam taman di I'dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung mingguBagi yang ingin menunaikan ibadah di bulan ramadan, kemudahan surau turut disediakan.



Buffet Ramadan di I’dahlia Corner akan bermula dari 25hb Mac 2023 sehingga 22hb April 2023 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam. Buffet Ramadan dalam taman ini hanya berharga :


RM69 (Dewasa), 

RM49 (Warga Emas) 

RM39 (Kanak-kanak 6-12 tahun). 


Pengunjung juga digalakkan untuk membuat tempahan awal dan parking turut disediakan. Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0179913907 atau 0123526397.


Instagram I’Dahlia corner :

https://www.instagram.com/idahlia.corner/


Facebook I’Dahlia corner :

https://m.facebook.com/idahliacornerofficialpage/


Comments

Popular Posts